Subscribe Us

banner image

Breaking News

Mutiara - Renungan & Hikmah

Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
**********
Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
**********
Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
**********
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
**********
Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang
diwarisi dari nenek moyang.
**********
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
**********
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
**********
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakunya.
Maka berlomba-lombalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
**********
Dunia ini umpama lautan yg luas.
Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.
Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
niscaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
**********
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
**********
Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
**********
Gantungkan cita dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
**********
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu
tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
**********
Hati yang terluka umpama besi bengkok
walau ditempa sukar kembali kepada bentuk asalnya.
**********
Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
**********
Hidup tidak boleh dicampur adukkan dengan perasaan hati
yang kadangkala bisa meneggelamkan diri sendiri.
Yang paling utama yang harus difikirkan adalah menerima sesuatu
atau membuat sesuatu dengan baik berdasarkan kenyataan.
**********
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
**********
Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
**********
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
**********
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
**********
Hidup umpama es krim. Nikmatilah ia sebelum cair.
**********
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.
Bila-bila masa ia akan pecah.
**********
Ingatlah,
sabar itu iman, harta bukan kawan,
dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
**********
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam hal apapun,
pasti akan menghasilkan yang terbaik.
**********
Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.
**********
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.
**********
Jangan menghina barang yang kecil
kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
**********
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
**********
Keberhasilan adalah hasil dari sikap
yang selalu melakukan yang terbaik.
**********
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengeraskan hati yang lunak seperti sutera.
**********
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
**********
Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan.
Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
**********
Keikhlasan itu seumpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
**********

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
**********
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh karena itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
**********
Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
**********
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.
**********
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
**********
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik,
tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
**********
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
**********
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
**********
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
**********
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu
**********
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
**********
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.
**********
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.
**********
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
**********
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
karena membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa
karena tertawa itu musiknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
karena berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
karena beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
karena bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadah
karena beribadah itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
**********
Orang yg paling berkuasa
adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.
**********
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.
**********
Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma.
**********
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.
**********
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
**********
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan.
**********
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
**********
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong
**********
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
**********
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
**********
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
**********
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;
Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
**********
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
**********
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,
ibarat kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa.
*********

No comments

Pembaca yang baik selalu meninggalkan komentar sesudah membaca ^_^
Terimakasih sudah mengisi komentar